Monday, February 25, 2013

Fawwaz :: 1 Year ::

Sekejap je rasa..fawwaz da sethn..setahun juga telah berlalu pengalaman time di labour room..
14 jam menahan kesakitan sebelum fawwaz dilahirkan....Kalau diingatkan mmg takut dan ngeri tetapi sebagai ibu itu adalah pengalaman yg manis.Semua kesakitan ilang apabila melihat baby yang dilahirkan..

Terima kasih Ya Allah kerana fawwaz telah membesar dengan sihat walaupun masa dilahirkan menggunakan vakum atas sebab hampir lemas dan  mempunya masalah pernafasan selepas dilahirkan sehingga dimasukkan NICU...

Tuhan je tau perasaan aku apabila melihat anak yang baru dilahirkan memakai oksigen dan berwayar...walaupun aku nampak OK dan x menitik air mata tapi tuhan je tau mcm mn hati aku masa tu...da tentu la stress ngan keadaan dalam pantang terpaksa duduk di wad.tp aku anggap sume tu dugaan dan tuhan xakan menduga umatnya kalo umatnya xmampu untuk mengharungi dugaan itu

5 feb 2013 genapla fawwaz setahun..mcm2 teletah dan aksi yang menghiburkan mama dan papa..Semoga membesar dengan sihat dan bijak ye sayang...Mama Papa sayang fawwaz sgt2....


Muka baru bangun tido heheheh ..ni la buah hati mama n papa...